Monday 12 November 2012

Entri main-main ?




Buku Pertama ( Keluar Pada 29 Oktober 2010 ) 

Ketuk Pintu Hati Dia

Buku Kedua ( 05 November 2012 )


Tak sangka betul buku kedua berjaya diterbitkan.Mula-mula tulis kisah E-key dengan Huda cuma main-main aje.Sebab teringin rasanya nak buat hero yang berhati batu dan muka takde perasaan.Bila beritahu sahabat pasal idea nak buat cerita ni,terus dia cakap;

'Heh.Macam tak best je.Cari idea lain tak boleh ke?Kenapa hero kena muda heroin kena tua?'cakap sambil buat muka serius.

*-*' Ayat memang macam hampeh.Hahaha.Tapi entah kenapa malam-malam laju aje tangan ni menaip mengenai kisah E-key dengan Huda.Dan ada sesetengah part ditulis dengan linangan air mata (Yea.Saya memang poyo ).

Dan akhirnya siap juga.Lepas kumpul keberanian baru berani hantar manuskript ni dekat Kak Mariah.Dalam hati dah terfikir 'macam'kena reject.Tapi alhamdulillah pihak JS bagi lagi peluang untuk terbitkan cerita ni.

Secara jujurnya..*ehem.Mungkin kisah E-key Huda ni hanyalah kisah yang biasa-biasa.Mungkin juga cerita ni langsung tak menepati segala ciri-ciri yang pembaca lain mahukan.Tapi ikhlas daripada dalam hati,cerita ni ditulis dengan harapan,semoga ada pembaca yang sentiasa berani untuk mengambil satu langkah ke hadapan.( reminder kepada diri sendiri ).Bak kata quote dekat belakang buku,semoga pembaca mengerti yang bahagia itu perlu dicari bukan dinanti .

Jadi,andai kata ada pembaca yang tidak berpuas hati,saya minta maaf banyak-banyak.Sila maafkan budak yang baru nak belajar menulis ni. T_T

** Serius comel kan cover novel?;p Bibir tak henti-henti tersenyum lepas tengok cover ni.Hahaha.Thanks dekat Ustaz Yo yang tolong design cover ni.

*** Siapa yang suka quote yang diboldkan tu,quote tu adalah idea pihak JS.JS memang kreatif dalam bab-bab quote ni.

***** Hari ni dalam sejarah sebab update blog yang panjang lebar.Hehehe.






 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream