Thursday, 26 July 2012

Di Sebalik Gerimis Hujan

BAB 3

“TERMENUNG MENGALAHKAN ANAK dara”tegur Abang Sham yang sudah menarik kerusi makan berhadapan dengan Waiz.Waiz tersentak.Handphone ditangan dimasukkan ke dalam poket seluar.Sudah tiga hari dia menunggu berita daripada Jai.Hampeh langsung tak ada.

Jai yang konon-kononnya hendak membantu menyelesaikan masalah dia dengan Isma.Bantu apanya?Bantu menyepikan diri adalah.Kalau ikut hati,nak aje Waiz pergi rumah Jai.Tapi dia tahu,kalau message pun Jai tak balas,nampak sangat mamat tu sibuk terlampau.

Sibuk terlampau dengan aweks dan skandal yang banyak sampai tak cukup ukuran pinggang.Sebab itulah Jai selalu sangat kena ceramah dengan Isma.Pantang berjumpa,mesti bergaduh.Dan topiknya lain tak lain,mesti sebab perangai Jai yang suka sangat himpun aweks dan skandal macam kumpul setem.

Dan selalunya,ceramah Isma akan tamat bila Jai cakap macam ni.

“Kau cakap ajelah yang kau dah fall in love dengan aku.Kau cemburu sebab aku tak layan kau kan?”

Selamat Jai kena pukul dekat bahu dengan apa aje barang yang ada dekat tangan Isma masa tu.

“Tengok tu.Dia boleh termenung lagi”Abang Sham mengelengkan kepalanya.

Waiz tersengih.”Sorry Abang Sham.Waiz tengah fikir pasal result SPM ni.”

“Iyelah tu..”Abang Sham mencebik.”Jangan nak bi’daah sangat.Macam Abang Sham tak kenal Waiz.Pegang buku pun bila dah lepas kena paksa dengan Isma.Kalau tak…”

Diam.Waiz mengulum senyuman simpul.Itulah hakikatnya.Betapa malasnya dia hendak pegang buku,sampaikan Isma yang kena jadi tukang paksa,tukang marah dan tukang tengking.Dia selalu rasa,macam mana gadis yang bernama Isma itu selalu mempengaruhi kehidupannya.Mengajaknya perlahan-lahan menjadi seorang manusia yang baik.Yang paling kurang suka belajar.

Sejak daripada kecil,memang dia tak pernah minat belajar.Dia tak pernah ada mood hendak menyelak helaian demi helaian buku teks.Dia mudah rasa mengantuk.Dia rasa mendapat keputusan terakhir didalam kelas adalah sesuatu yang biasa.Bebelan ayahnya hanya dibuat sambil lewa,sebab sudah pasti ibunya akan setia berdiri membela mempertahankannya.

Tapi itu semua berubah apabila dia dengan Isma tiba-tiba bertukar kelas.Isma dikelas pertama,manakala dia dikelas tercorot.Dan dia mula rasa terpinggir,apabila melihat Isma dengan rakan-rakan barunya.Dia rasa cemburu apabila melihat Isma selalu dipuji oleh ayahnya.Dia rasa macam dirinya diabaikan oleh kawan baik sendiri.Perlahan-lahan dia mula menjauhkan diri daripada Isma.Baginya..takkan budak pandai macam Isma hendak berkawan lagi dengan budak macamnya.

Namun…sangkaannya meleset.Makin jauh dia melarikan diri,makin dekat Isma cuba hendak merapatkan hubungan mereka.Sikap Isma yang buat seolah-olah tiada apa yang berlaku menjadikan dia malu sendiri.Dia terpaksa mengaku yang dia terlebih emo.Egonya diketepikan,dan dia cuba merubah dirinya.Itu pun selepas dicabar oleh Isma.

“Kau tahu tak,ibu aku selalu cakap budak-budak zaman sekarang ni beruntung.Diaorang hanya kena pergi sekolah.Tugas mereka cuma belajar.Duit sekolah,duit yuran,semua ibu bapa yang sediakan.Apa yang perlu diaorang lakukan,cuma belajar.Tapi itu pun diaorang gagal.Kau bayangkan orang zaman dulu,kena pergi sekolah,dalam masa yang sama kena buat kerja rumah,kena cari kerja.Ibu aku dulu,pagi pergi sekolah,balik kena pergi bendang.Lepas balik bendang kena masak,jaga adik-adik.Masa bila nak baca buku?Malam dah penat.Esok dah kena pergi sekolah balik.”

“Pelik kan…macam mana orang zaman dulu hidup susah tapi mampu berjaya,tapi orang zaman sekarang yang dah memang senang,gagal dalam hidup.”

Hanya disebabkan kata-kata itu,dia rasa tercabar.Betullah apa yang Isma cakap.Dia tak perlu buat kerja rumah.Dia tak perlu nak membanting tulang kerja dekat gerai lewat malam macam kawannya,Mat.Dia bersenang-lenang lepas balik sekolah.Tapi keputusan peperiksaannya..tetap hancur.Manalah ayahnya tak mengamuk.

Waiz mengeluh.Dia berubah menjadi manusia yang lebih baik,yang lebih mengerti susah-payah ibu ayah bekerja semata-mata nak beri kesenangan kepada dirinya,semuanya disebabkan Isma.Isma yang kehilangan ayah apabila umurnya menjangkau dua belas tahun.Dan dia lihat macam mana kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh ibu Isma untuk membesarkan dua orang anaknya.

Dan macam mana Isma juga turut berusaha membantu ibunya apabila abangnya terlibat dengan gejala yang tidak elok.Beberapa kali ditangkap oleh polis,dibelasah oleh jiran-jiran mereka disebabkan sifat suka mencuri.Dia lihat macam mana Isma mengharungi itu semua.Dia merasai kesedihan Isma apabila gadis itu menangis teresak-esak di atas buaian,semata-mata sebab rindukan arwah ayahnya.

Semua itu…semua yang dia lalui bersama-sama dengan Isma,membuatkan dia faham,hidup ini bukanlah sesenang yang kita semua jangka.Dan buat dia faham juga,walau betapa teruk pun hari ini,belum tentu esok akan sama nasibnya.

“Kita ambil contoh hujan.Mula-mula lebat.Lepas tu renyai-renyai.Dan akhirnya berhenti.Kau ibaratkan kehidupan macam tu.Walau sehebat mana pun dugaan datang,dugaan tu pasti akan berhenti.Itu lumrah.Aku percaya pada hakikat itu.”

“Abang Sham..”Waiz menarik senyuman nipis.”Kita tak pernah sangka kehadiran seseorang boleh ubah seluruh hidup kita kan? ”

Abang Sham tersentak.Tidak diduga dengan soalan Waiz yang tiba-tiba itu.Dia menarik senyuman nipis kemudiannya,sebelum menganggukkan kepalanya.

“Betul.Kehadiran seseorang memang boleh ubah kehidupan orang lain.”


 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream