BAB 3
“SIAPA VIP yang datang bu?”soal Zakif ketika dia melangkah masuk ke dapur.Pelik dia melihat meja makan yang penuh dengan pinggan-pinggan mangkuk yang hanya tinggal sisa.Dia tahu yang datang mesti orang penting sebab set pinggan-mangkuk yang digunakan oleh ibunya memang khas untuk orang-orang yang istimewa sahaja.
Pn.Salmah yang baru keluar daripada dapur tersenyum.”Kawan masa kecik ibu.”
“Ohhh..Yang ibu cerita tempoh hari.Siapa nama dia?Hanim kan?”
“Mak cik Hanim..”Laju tangan Pn.Salmah menampar lengan Zakif.”Ingat dia kawan Kif ke nak panggil Hanim Hanim?”
Zakif tersengih.
“Ni daripada mana?Baru balik?Pukul 11 baru nampak batang hidung.”
Zakif tersengih lagi.”Jumpa Qal bu.Dia kirim salam.”
“Ohh..bila budak tu balik?”
“Petang tadi.Kif naik atas mandi dululah bu.Badan ni dah rasa melekit sangat.Kenapa Malaysia ni makin lama makin panas”bebelnya.
Pn.Hanim mengelengkan kepalanya.”Eh.Ni dah makan ke belum?”
“Dah…”Panjang Zakif menjawab.Baru Zakif melangkah sehingga ke anak tangga,dia terhenti apabila
teringatkan sesuatu.Dia berpatah balik menuju ke arah Pn.Salmah.
“Bu..Kawan Kif masa dekat luar negara tu nak datang.Kif nak ajak dia tidur sini boleh tak?”
“Siapa kawan Kif tu?Lelaki ke perempuan?”
“Lelakilah bu..”Zakif ketawa kecil.”Apa ke halnya Kif nak ajak perempuan datang rumah.”
Pn.Salmah ketawa kecil.“Manalah tahu kalau-kalau Kif nak kenalkan ibu dengan teman wanita Kif
ke?”Sengaja dia menyoal dalam niat menyakat.Manalah tahu kalau-kalau Zakif masih single,bolehlah dia rekomenkan dengan anak Hanim.Macam-macam soalan yang dia tanya bila dapat tahu yang Hanim ada seorang anak perempuan.Beza umur antara mereka cuma tiga tahun aje.
Zakif buat muka.”Tak ada maknanya bu.Ini kira bolehlah kawan Kif tidur sini?”soal Zakif lagi.
“Boleh.Ajaklah.Bila dia nak datang Malaysia?”
“Minggu depan.”
……………………………..
“Kau nak air apa Erni?”soal Hana.Not RM 5 dikeluarkan.Malas rasanya nak bawa beg duit.
“Pepsi”jawab Erni.
“Okay.Tunggu kejap eh..”ujar Hana.Pintu kereta dibuka dan dia terus melangkah masuk ke dalam 7-Eleven
yang berada dihadapannya.Bagus betul hari ni.Tak ada manusia pun dalam 7-Eleven.Agaknya hari ni semua rakyat Malaysia sibuk agaknya.Pergi bank tak ramai orang.Pergi pejabat pos pun tak ramai orang.Pergi 7-Eleven terus tak ada orang.
Senang hati Hana melangkah ke bahagian belakang,bahagian di mana minuman-minuman ditempatkan.Dia berdiri tepat di hadapan peti sejuk.Kelabu mata melihat begitu banyak deretan air minuman.Kan bagus kalau peti sejuk dekat rumah dia macam ni.
Peti sejuk dibuka.Botol Pepsi dicapai.Hmm..aku nak minum air apa ni?
“Excuse me..”satu suara yang menegur membuatkan Hana menoleh.Seorang lelaki yang berada disebelahnya meminta laluan untuk ke peti sejuk disebelah sana.Ke arah peti sejuk yang hanya menempatkan minuman-minuman didalam tin.
“Sorry..”Hana berganjak sedikit ke tepi,memberi laluan.Dia membuka sekali lagi pintu peti ais dan terus mencapai botol Ribena.Minum Ribenalah!
………………………………………
“Nah!”Zainal menghulurkan beg plastik ke arah Zakif.Pintu kereta ditutupnya dan Zainal pantas menaikkan suhu aircond kereta.Berjalan kaki tak sampai lima minit dah terasa berbahang badan.Memang betul cakap Zakif.Cuaca sekarang makin panas.
“Weh!”Zakif memandang Zainal.”Ribena aku mana?”
“Eh?Tak ada Ribena ke dalam tu?”
“Mana ada!”Zakif buat muka bengang.”Ada Pepsi dengan Nescafe aje.”
“Ohh..”Zainal tersengih.”Ribena dah habis.Aweks tu beli yang last”ujar Zainal sambil menuding jari ke arah
gadis yang masuk ke dalam kereta di hadapan mereka.Zakif menoleh-ingin melihat wajah aweks yang membeli Ribena yang terakhir itu.
“Iskk..kacau betullah aweks tu.”
“Tapi aweks tu comel oo..”
“Pfff…”Zakif buat muka.”Kaulah lambat sangat.Tengok terus aku kempunan nak minum Ribena.”
“Weh!Kau pehal macam budak-budak ni.Kalau nak sangat Ribena,balik nanti buatlah satu jag.Minum puas-puas.”
Zainal memberhentikan kereta apabila lampu isyarat dihadapannya bertukar ke warna merah.Signal ke kanan awal-awal sudah dinyalakan.
Zakif diam.Tin minuman Nescafe dibukanya lalu pantas diteguk.Aku panas ni.Panas.
“Oit!Nescafe aku tu”marah Zainal.Cis!Selamba badak aje dia minum Nescafe aku.
“Kau minum ajelah Pepsi ni.”
“Aku tak minum air gaslah!”ujar Zainal lalu terus merampas Nescafe yang baru hendak diteguk sekali lagi oleh Zakif.Sempat dia meluku kepala Zakif sekuat hati.
……………………………….
Erni ketawa kecil.Hana yang sedang membuka botol minuman Ribena menoleh.
“Kau gelak apa?”soal Hana.
“Tu..”Erni menjuihkan bibirnya.”Kelakar tengok diaorang berebut Nescafe.”
Hana memanjangkan tengkuknya melihat pemandu kereta Alza.Seorang lelaki sedang meneguk minuman manakala penumpang disebelahnya sudah buat muka masam.Hana tersenyum kecil.
“Gaduh sebab Nescafe.Kelakar betullah.Entah-entah diaorang tu couple tak?”Hana buat telahan.
Erni ketawa kuat.
“Kau ni kalau buat kesimpulan…”
Hana tersengih.Dia memandang ke hadapan.
“Weh!Dah hijau.Jalanlah..”ujar Hana.
Erni tersentak.Leka dia melihat gelagat pemandu lain sampai tak sedar lampu isyarat untuk ke kiri sudah bertukar hijau.Cepat-cepat dia menukar gear ke D dan menekan pedal minyak.Masa untuk shopping !
-BERSAMBUNG-