Monday, 9 July 2012

Di Sebalik Gerimis Hujan

BAB 2

WAIZ MENELENTANGKAN BADANNYA di atas katil.Bantal terus ditarik menutupi mukanya.Rasa serabut !  Rasa tertekan ! Rasa macam…

Bang it ! Kalau dia perempuan,dia rasa macam nak menjerit sekuat hati.Dah nak masuk sebulan.Sebulan 
Isma menjauhkan diri daripadanya.Sebulan Isma langsung tak nak beri dia apa-apa ruang untuk dia memohon kemaafan.Sebulan gadis itu membuat dirinya menjadi separuh nanar hanya semata-mata mencari kesempatan untuk bertentang empat mata dengan Isma.

Isma memang gadis keras kepala!Memang gadis yang langsung tidak boleh hendak dibawa berbincang.Dia tahu,itu semua adalah salahnya.Salahnya seratus peratus.Dia yang gatal mulut sebab mengeledah kembali kotak ingatan yang sudah ditampal kemas oleh Isma.Mengungkit kembali mengenai kematian Ishak,abang kandung Isma yang sudah pergi genap tiga tahun.

Tapi itu semua bukannya dia sengaja.Dia terlepas cakap.Isma sepatutnya faham.Mereka bersahabat sejak daripada sekolah rendah lagi.Pergi sekolah sama-sama.Balik sekolah sama-sama.Buat kerja sekolah pun sama-sama.Perangai dia  yang memang cakap ikut suka hati,tak dipakai filter sepatutnya sudah Isma khatam.Macam dia yang cukup fasih perangai Isma,yang sekali naik marah memang payah gila nak pujuk.

Waiz mengeluh.Handphone yang berada diatas meja diambilnya.Ditekan terus butang nombor 4.Nombor yang memang khas untuk Isma.Menunggu beberapa saat,dan panggilannya disambut dengan suara operator perempuan.

“Kau dengan aweks mana tadi Waiz?Ohhh…dah ada aweks tak nak cerita dengan aku.Karang kalau aku cerita dekat Inspektor Rashidi baru kau tahu…”Isma sengih nakal.

“Heh?Aweks mana?Kau ni biar betul.”

“Mana aku nak tahu.Suara perempuan yang jawab.Lemah-lembut je suara aweks tu.Wahhh..Inspektor Rashidi bakal dapat menantulah tak lama lagi.”

“Kau jangan nak mengada Isma.Aku lepak dengan Jai je hari ni.Boleh tak kalau kau jangan asyik 
sebut nama ayah aku.Kau memang suka nak ugut aku kan?”Kalut dia mencari handphone didalam 
beg sandangnya.“Perempuan tu cakap apa dengan kau?”soalnya sambil menekan-nekan butang 
keypad,memeriksa panggilan handphonenya.

“The number that you have dail is not available.Please try again later.”

“Isma!!!”

‘Isma.Aku betul-betul minta maaf’ucap Waiz perlahan,sambil mengenggam erat handphonenya.

 ............................. 

JAI MENGELENGKAN KEPALANYA berulang kali.Sebelah tangannya bercekak pinggang memandang sesusuk tubuh yang terbaring terlentang di atas katil bujang itu.Bau bilik yang hapak itu membuatkan Jai cepat-cepat menuju ke tingkap.Langsir ditarik kasar,membiarkan cahaya matahari menyuluh masuk kedalam bilik.Tingkap bilik itu dibuka seluas-luasnya.

Perlahan-lahan Waiz membuka matanya.Jai yang sedang berdiri di hujung kakinya dipandang.Terasa kabur pandangannya.Kepalanya pula terasa macam berpusing-pusing.Dia rasa ini semua bahana sebab dia yang terlebih tidur.

“Eh Jai ! Bila kau sampai?”soalnya dengan mata yang separuh terbuka.

Jai mengigit bibir.Bertuah punya member.Bantal yang berada dihujung kaki dicapai.Dibaling tepat ke arah 
Waiz yang kembali hendak memejamkan matanya.

“Kau ni kenapa?Aku message tak balas.Aku telefon tak berangkat.Kau tahu tak berapa lama aku berdiri depan rumah kau?Aku picit loceng sampai jiran kau yang keluar.Nasib baik Abang Sham baru balik daripada mana entah,kalau tak…Aku buat pesta locenglah jawabnya.”

Bebelan Jai hanya masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Waiz bangkit daripada baringnya.Rambutnya yang terjuntai di dahi itu diraup dengan kedua-dua belah tangan.Getah yang memang sudah sedia berada dipergelangan tangannya diambil lalu diikat ke rambutnya.Rambutnya sudah boleh diikat sejemput.Mukanya pula digosok berulang kali,sebelum melemparkan pandangan ke wajah Jai.

“Aku sibuk”Pendek jawapan yang diberikan oleh Waiz.

Jai menahan geram.Muka sembap Waiz dipandang.”Sibuk dengan tidur?”perlinya.

Waiz diam.Tak ada kuasa nak menjawab.Dia tahu lagi dia menjawab,lagi panjang bebelan Jai.

“Pasal Isma kan?”

Mendengar sebaris nama itu,membuatkan Waiz terasa dirinya bagaikan diletakkan ke dalam peti sejuk.Dia 
memandang Jai.

“Kau ada jumpa dia ke?”

“Ada..”ujar Jai.”Kau dengan dia gaduh?”

Waiz mengeluh.Dia menyandarkan belakang badannya dikepala katil.”Aku gaduh teruk dengan dia.”

“Sebab?”

“Aku tercakap pasal arwah abang dia.”

Raut wajah Jai berubah.”Kau ni….”Jai menarik nafas.”Betullah mangkuk!”

“Aku tahu.Aku tak sengaja.Masa tu aku tengah bengang.Aku terlepas cakap.Kau ingat aku nak ke saja-saja cakap pasal arwah abang dia tu.Aku tengah meletup masa tu.Dia boleh datang tiba-tiba ragut beg aku.”

“Heh?Isma peragut?”Jai terkejut.

“Bukan.Dia nak selamatkan aku.Zul badigol tu letak dadah dalam beg sandang aku.Nasib baik Isma ada.Aku tak tahu macam mana dia boleh tahu.Tengok-tengok macam kilat dia sambar beg aku.Apa lagi…aku kejarlah.Nasib baik geng Zul tak dapat tangkap dia.Kalau dapat tangkap,kau ingat apa jadi dekat Isma?”

“Habis sekarang geng Zul apa cerita?”

Waiz jungkit bahu.”Masuk penjaralah kot.Aku suruh Abang Sham handle.Dia kata dia ada member yang boleh tolong.Kalau ayah aku tahu,mahu arwah aku.”

Jai senyum sinis.”Aku pergi rumah kakak aku tak sampai dua bulan,macam-macam dah jadi dekat kau 
yea.Itulah..daripada dulu lagi aku dah cakap,jangan kawan dengan geng Zul tu.Kau tak nak dengar.Aku dah kata dia tu tak boleh percaya.Dah berapa banyak budak-budak jadi keldai dia.Kau tu..apa orang cakap semua tak nak dengar.Ikut kepala sendiri aje.Kan dah susah.Nasib baik ada Isma.Nasib baik juga ada Abang Sham.Kalau tak..memang popularlah kau sebab masuk Metro.”

“Jai..Dah-dahlah tu.Aku tahu aku salah.Tak payahlah nak membebel.”

Jai diam.Dia pun sebenarnya memang malas dah nak membebel.Apa kes buang air liur dekat orang macam Waiz?Dia jenis manusia yang langsung tak nak ambil kira pendapat orang lain.Tahu diri sendiri je betul.Tapi tak juga betulnya.Tengok apa dah jadi sekarang.

“Tu mengutuk aku dalam hatilah tu kan?”

“Memang kau layak dikutuk pun.Habis tu,apa rancangan kau sekarang?”soal Jai.

Waiz mengosok belakang tengkuknya.Soalan Jai membuatkan lidahnya tiba-tiba menjadi kelu.Sungguhlah.Dia sendiri pun dah tak tahu apa yang patut dia buat.Jarinya rasa macam nak krem sebab selalu sangat mendail nombor Isma.Dia tak tahu berapa ratus panggilan yang dia telah buat,tapi satunya tiada balasan.Kena reject lagi adalah.

“Dia tak nak kawan dengan kau lagilah tu.”

“Kaki aku dengan badan kau tak jauh je weh”ujar Waiz geram.Jai tersengih.Dia menjarakkan dirinya daripada kaki Waiz.Ini kalau Waiz tendang,mahu tergolek aku jatuh katil.

“Kau dah confess dekat dia ke?”

“Confess apa?”

“Eleh..”Jai buat muka.”Kau ingat aku tak tahu yang selama ni kau suka dekat Isma.Kau nak buat dia jadi aweks kau kan?”

Waiz terkejut,namun dia cuba mengawal riak wajahnya daripada berubah.Heh?Jai tahu?Macam mana sahabatnya itu boleh tahu?Setahunya,dia tidak pernah pun beritahu sesiapa.Rahsia dalam hati itu memang disimpan kemas-kemas agar tiada sesiapa boleh tahu.

“Kau jangan nak merepeklah.”

“Dowh!”Jai buat muka bosan.”Kau ingat aku budak-budak lagi ke kau nak temberang?Aku dah 18 
okey.Aku kenal kau.Aku kenal Isma.Selama mana kau kenal Isma,selama itulah juga aku kenal kau.Kau tak payah nak menafikan apa yang benar.Sekali kau pandang Isma,aku tahu kau memang dah suka dekat dia.Kau dah confess ke belum dekat dia?”soalan yang sama kedengaran lagi.

“Belum..”lambat-lambat Waiz menjawab.”Benda susah,kenalah ambil masa.”

“Jangan sampai dia terlepas sudahlah.”

Waiz mengeluh.Itulah yang paling dia takut sekarang ini.Dia takut Isma terlepas.Dia takut kalau-kalau hati gadis itu menjadi milik mana-mana lelaki lain.Hidupnya rasa tak tenang apabila memikirkan yang sudah sebulan lebih dia dengan Isma tidak berhubungan.Hendak ditunggu dihadapan pintu rumah gadis itu,dia masih ada lagi malu yang menggunung.Hendak dijawap apa kepada ibu Isma kalau ibu Isma bertanya sebab apa dia dengan anak gadisnya bergaduh.Takkan hendak diceritakan mengenai kesilapannya yang tersilap cakap.Silap-silap,hati ibu Isma pula yang tergiris.Sungguh dia tidak sanggup melukakan hati ibu Isma yang telah dia letakkan penghormatan sama tinggi dengan emak ayahnya.

“Aku blank..”keluh Waiz.

“Aku ada idea.Kau nak aku tolong tak?”

Cebikan terukir dibibir Waiz.”Kau kalau nak tolong bagi masalah jadi lebih berat,tak payah!”

“Cakap elok sikit eh.Aku ni kalau ayat perempuan,perempuan tu cair macam ais batu letak bawah matahari tau.”

Pandangan tidak percaya terukir diwajah Waiz.Jai angkat kening dua tiga kali.

“Trust me dude!Aku bab-bab perempuan ni petik jari je.”

“Suka hati kaulah!”Waiz dah malas hendak melayan.”Kalau jadi lagi teruk,siap kau!”

“See the legslah…”

-BERSAMBUNG-
 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream