Monday, 18 June 2012

Hana & Zakif

BAB 2

Barang-barang yang dibelinya dimasukkan ke dalam bonet kereta.Pn.Salmah tersenyum puas hati.Selepas Subuh tadi,dia terus keluar pergi ke pasar semata-mata hendak membeli barangan basah.Khas untuk anak bongsunya yang sudah empat tahun tidak pulang ke rumah.

Pintu kereta dibuka.Kunci dicucuk ke dalam lubang kunci dan dihidupkan.Pintu kereta ditutup.Pn.Salmah melihat sekilas cermin sisinya,bagi memastikan tiada kenderaan dibelakangnya.Laju dia memasukkan gear reverse.Baru beberapa saat kereta mengundur keluar daripada petak parking,tersentak dia apabila melihat seseorang yang sedang melintas melepasi keretanya.

Tidak berkelip mata Pn.Salmah memandang wanita yang sedang menuju ke keretanya itu.Kereta Kancil yang diparking bersebelahan dengannya.Pn.Salmah membuka pintu kereta.Dia perlu melakukan pengecaman.

“Hanim?”Pn.Salmah menegur teragak-agak wanita yang memakai baju kurung berbunga putih merah itu.Wanita yang sedang meletakkan barang-barang didalam bonet menoleh.Terkejut kerana tiba-tiba dirinya disapa.

“Hanim kan?”soal Pn.Salmah lagi.Kalau pertama kali tadi dia menegur teragak-agak,tapi kali ini dia pasti.Dia yakin seratus peratus bahawa orang yang berada dihadapannya adalah orang yang sudah lama dicarinya.

“Salmah?”

Pn.Salmah tersenyum lebar.Dia menganggukkan kepalanya berulang kali.

“Siti Salmah Majid?”Wanita itu menyoal tidak percaya.

Pn.Salmah sudah tidak dapat menahan air matanya.Pantas tubuh yang berada dihadapannya itu dipeluk erat.

“Ya Allah Nim!Lama aku cari kau.Lama sangat Nim.”

Pn.Hanim ketawa kecil.Pelukan dibadannya dileraikan.Dia memegang bahu Pn.Salmah sambil meneliti badan wanita tersebut.

“Kau dah lain Sal.”

Pn.Salmah ketawa.”Aku dah berumur Nim,mestilah dah lain.Kau cakap orang,kau pun sama.Makin berisi kau sekarang ni.”

Dua sahabat itu saling pandang-memandang sesama sendiri.Perasaan rindu yang sekian lama tersimpan dalam dada akhirnya terlerai jua.Berpuluh tahun Pn.Salmah mencari sahabatnya itu.Sahabat yang membesar bersama-samanya.Pergi sekolah bersama-sama.Pergi ke bendang.Pergi mencari rezeki.Merantau ke negeri orang.Akhirnya dipisahkan sebab masing-masing berkahwin.Dialah yang berkahwin dahulu.

“Kau duduk sini ke Nim?”

Pn.Hanim menganggukkan kepalanya.”Aku duduk Shah Alam.”

“Aku duduk Bangi”Tanpa disoal Pn.Salmah memberitahu.Dia menyeluk beg tangannya,mencari sesuatu.Resit yang memang sedia berada didalam beg tangannya diambil,dan laju jemarinya mencatat nombor telefon.

“Nim.Ini nombor aku.Kau wajib simpan.Kau wajib telefon.Esok malam aku nak kau datang rumah aku.Kita berbual panjang.Kau kena datang Nim”bersungguh-sungguh Pn.Salmah bercakap.Tangannya memegang erat lengan sahabatnya itu.

Pn.Hanim ketawa.Huluran resit itu disambut.”Insya-Allah.Kalau aku ada masa aku datang.”

“Kau kena datang tau.Aku masak special untuk kau.Aku nak sangat sembang dengan kau,tapi anak aku balik hari ini.Aku kena cepat.Kau jangan lupa tau telefon aku.”

                                                           ..................................................

PN.SALMAH tersentak apabila terdengar bunyi hon.Kereta Zainal meluncur masuk ke halaman rumah.Berlari anak Pn.Salmah membuka pintu rumah.

“Ibu…”Zakif sudah mendepakan kedua-dua tangannya.Tangan ibunya dikucup dan dihadiahkan satu kucupan di pipi kiri dan kanan ibunya.Zainal yang melihat mencebik.

Geli betul aku.

“Anak ibu dah balik…”Pn.Salmah tersenyum manis.Dia mengusap pipi Zakif.Zakif hanya ketawa kecil.Senang diperlakukan begitu.Zainal yang menghampiri mereka berserta dengan beg Zakif buat muka nak termuntah.

“Kau ingat kau budak-budak lagi ke?”soal Zainal.Beg pakaian Zakif dilepaskan di atas lantai.Berat mengalahkan batu.

Zakif mencebik.Dasar cemburu ! Bahu ibunya dipeluk mesra.

“Ada orang jeleous bu…”

Pn.Salmah ketawa kecil.Wajah anak sulungnya yang cemberut dipandang sekilas.Lengan Zainal dirangkul mesra.

“Dua-dua ibu sayang.Nak cemburu apanya?”

Zainal angkat-angkat kening.Zakif hanya mendengus.

“Ibu sihat?”

“Sihat.Alhamdulillah.Hari ini hari paling bahagia buat ibu.”

“Zakif tau..”Zakif senyum bangga.”Zakif tahu ibu bahagia sebab dapat jumpa Zakif kan?”

“Taklah..Ibu rasa bahagia sebab dapat jumpa kawan lama ibu.Dah bertahun-tahun ibu tak jumpa.Dah.Nanti 
ibu cerita panjang.Jom masuk rumah dulu.”ucap Pn.Salmah lalu terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Bwahahaha!Zainal dah ketawa kuat.Padan muka!Thumps up dinaikkan apabila melihat muka Zakif yang dah berubah riak.Zakif hanya gigit bibir sambil buat muka tak puas hati.

                                              .................................................................... 

“ERNI….”Nama sahabatnya itu disebut.Hana pantas menyangkutkan lengannya disekitar tangan Erni.Erni terkejut dengan rangkulan tersebut.Dia menoleh dan kemudian dia ketawa kecil melihat Hana yang sudah tersengih memandangnya.

“Balik tak tunggu aku..”Hana mengetap bibir,sambil buat-buat muka bengang.Erni hanya mencebik.

“Aku kan dah kata aku ada hal petang ni.”

Hana buat muka selamba.Langkah kaki mereka beriringan menuju ke parking lot.Hana memberhentikan langkahnya apabila mereka tiba dibelakang kereta Kelisa milik Erni.

“Okay..dah sampai.”

Erni ketawa.”Rupa-rupanya kau nak teman aku sampai kereta eh.”

“Iyealah..Kau tu cemerkap.Karang belum sempat naik kereta,kunci kereta hilanglah.Tayar pancitlah.Purse tertinggal dalam laci mejalah.Macam-macam hal.Jadi baik aku pastikan kau naik kereta dengan selamat barulah aku boleh blah dengan senang hati.”

“Ohh..sahabat siapalah yang baik sangat ni”Erni buat-buat terharu sambil mendekapkan tangannya ke dada.Hana tayang muka menyampah.

“Dahlah..drive elok-elok”pesan Hana.”Jumpa esok eh..”ujarnya lagi sambil tersenyum.

Erni menganggukkan kepalanya.Wajah Hana yang berseri dipandangnya.Dia tahu Hana bahagia.Teringat perbualannya dengan Hana tengahari tadi.Semasa mereka berdua keluar lunch bersama-sama.

“Dia kata nak jumpa mak aku lepas dia balik daripada Perth.”

“Serius?”

“Iyealah kot.Muka dia macam tu serius gila.Dia kata dia nak masuk meminang aku.”

“Wuaaa..sahabat aku bakal jadi isteri oranglah tak lama lagi.”

“Tak confirm lagilah!!”

“Hana..”Erni meneguk air liurnya.”Kalau aku tanya something..kau marah tak?”

Hana mengerutkan dahi.Dia memandang Erni dalam-dalam.Sahabatnya itu dia kenal semasa mereka berdua 
sama-sama sekolah menengah.Naik sahaja Tingkatan 1,dia dan Erni ditempatkan disatu kelas.Bukan sahaja satu kelas,tapi satu tempat duduk.Bersebelahan.Naik bas pun sama-sama.Cuma lain-lain taman aje.

“Apa?”

Erni tersengih.Wajah Hana yang berkerut dipandangnya.

“Tak ada apa-apa.Aku nak cakap bye-bye je.”

“Cis!”Hana buat muka sesaat sebelum ketawa kecil.Suka sangat perkenakan orang minah ni.”Okay weh.Jumpa esok.Bye-bye”ucap Hana.Dia melambaikan tangannya lalu mula melangkah menuju ke skuternya.
…………………………
Saya rindu..T-T

Hana tersengih.Message itu sudah hendak masuk ke lima kali dia baca.Sengaja dia nak balas lambat-lambat message daripada Hamdan.Hana mengolekkan dirinya kiri kanan di atas katil.Keypad handphone ditekan-tekan.

Kesian..

Hantar.Hana ketawa kecil.Mesti Hamdan bengang.Handphone dipandang-pandang sekilas.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10.00 malam.Hana mengerutkan dahi.Mana mak aku tak balik-balik lagi ni?

“Mak nak pergi mana?”soal Hana yang melintasi bilik emaknya.Terhenti langkahnya apabila melihat Pn.Hanim yang sudah lengkap berpakaian lawa-lawa mengalahkan orang nak pergi kenduri kahwin.

“Mak nak pergi rumah sahabat mak.Hana duduk rumah okey.”

Hana buat muka.”Kenapa Hana tak boleh ikut?”

“Hana kata nak siapkan design banner tu.”

Ohhh..Hana tersengih.Lupaa..

“Okay.Mak pergi ni.Jangan lupa kunci pintu.”

“Mak.Balik cepat eh.Nanti Hana kebulur.”

“Yelah..”

Bunyi nada dering khas untuk messagenya mengejutkan Hana.

“Orang sana tak rindu dekat orang sini ke?” ^-^'

Hana ketawa kecil.

“Tak rindu pun..” :p

Bunyi alarm kereta ditekan membuatkan Hana tersentak.Bingkas dia bangun dan berlari turun membuka pintu.Pn.Hanim yang sedang menutup pintu pagar menoleh sekilas apabila melihat Hana yang sudah berdiri disebelahnya.

“Mak kenapa balik lambat?”soal Hana.Beg tangan maknya diambil.Pn.Hanim tersenyum kecil.

“Hana dah makan?”soal Pn.Hanim.Soalan Hana tidak dijawabnya.Beriringan dia masuk ke dalam rumah 
bersama-sama dengan Hana.

Hana mengelengkan kepalanya.”Lapar ni mak.Perut dah buat lagu black metal dah ni.”

“Iskk..dah tahu lapar kenapa tak makan?”Pn.Hanim mengelengkan kepalanya.

“Mana best makan sorang-sorang.Tak ada seleralah.”

“Habis kalau mak balik sampai pukul dua tiga pagi macam mana?Nak tahan juga lapar tu?”Pn.Hanim menyoal.Pelik dengan sikap anak daranya itu.Dah tahu lapar bukannya nak makan.Nak kena juga berteman.

Hana tersengih.”Yelah.Hana takkan makan sampai makl tak balik.”

Tergeleng kepala Pn.Hanim.”Kalau mak dah tak ada nanti macam mana Hana?”

Hana buat muka.”Cakap apalah mak malam-malam ni.Mak esti lapar kan sebab tu cakap mengarut.Jom mak kita makan.Hana pergi panaskan lauk,mak masuk bilik salin baju.”

“Mak cakap benda yang…”

“Alah ...”Hana pantas memotong.”Perut Hana berbunyi ni.Tak bestlah topik ni.Jomlah makan..”Lengan Pn.Hanim digoncang-goncangnya.

“Yelah..mak naik atas salin baju dulu.”Kesian dia melihat Hana yang sudah buat muka sedih sambil tekan-tekan perut.

“A’ain kapten!!!”

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream