Monday, 18 June 2012

Di Sebalik Gerimis Hujan

BAB 1

“KEJAR DIA ! KEJAR !!”

Jeritan lantang daripada seorang lelaki mengejutkan mereka semua yang sedang berkumpul itu.Pandangan dihalakan pada seseorang yang sedang berlari laju menjauhi mereka.Bagaikan terkena kejutan elektrik,mereka yang sedang duduk berkumpulan itu saling pandang-memandang,dan terus membuka langkah laju,apabila melihat  seorang lelaki sudah mula berlari.

Waiz berlari sekuat tenaga.Hampeh punya manusia!Dalam banyak-banyak beg,beg aku juga yang dia nak rembat.Terkejut bukan kepalangnya dia apabila beg sandangnya terus diragut dalam sekelip mata.Bukan sahaja dia yang terkejut,malah geng-gengnya yang sedang duduk melepak turut sama terkejut.Tidak berkelip mata mereka melihat aksi dimana beg sandangnya diragut,dan terus dibawa lari.

Pada mulanya,dia hendak membiarkan sahaja.Yelah..dia masih lagi terkejut,sebab semuanya berlaku terlalu cepat.Seingat dia,baru sahaja dia menyambut huluran beg sandangnya yang dihulurkan oleh Zul,terus beg sandangnya direntap.

Namun..jeritan Zul itu mengembalikan dirinya ke asal.Dan,automatik laju dia berlari,mengejar peragut  beg sandangnya itu.Dan dia tahu yang dibelakangnya,geng-gengnya turut sama membantu menangkap peragut tersebut.

“Woi ! Berhenti woi !”jerit Waiz kuat.Terasa semput dia mengejar peragut yang bagaikan lipas kudung itu.Peragut itu menoleh ke belakang memandangnya,dan wajah Waiz terus berubah apabila melihat sekali imbas wajah peragut tersebut.

Larian Waiz terhenti.Dia memandang lama peragut yang sudah semakin jauh berlari menyusuri blok-blok bangunan itu.

“Weh ! Kau kenapa berhenti?”soal Zul yang muncul di belakangnya,tercunggap-cunggap.Dibelakang Zul,Apek dan Khai turut sama menarik dan menghela nafas.Tertunduk-tunduk mereka berdua memandang ke tanah sambil tangan menekan perut.

Waiz meneguk air liur.Wajah Zul dipandangnya.

“Laju sangat dia lari.Aku tak larat nak kejar.”

“Betul..”Zul menganggukkan kepalanya.”Kalau kau yang juara peringkat daerah pun boleh tumbang,apakan pula aku.Tapi,kau kena ambil juga beg sandang kau tu.”

Waiz memandang sekali lagi ke hadapan.Sudah tiada bayang peragut tersebut.”Tak payahlah..Beg sandang murah aje tu”ujarnya.

“Tak..”Zul nampak cemas.Digelengkan kepalanya berulang kali.”Dompet aku dalam beg sandang kau.Gaji aku tu weh…”

“Heh?Yang kau letak dalam beg sandang aku kenapa?”

“Tu tak penting..”Zul pantas bersuara.”Yang penting,kita kena tangkap peragut tu.Aku tahu peragut tu tak boleh nak pergi mana.Hujung laluan blok bangunan ni jalan mati.Apek..”Dia menoleh ke belakang.”Kau dengan Khai pergi belah sana”ujarnya menunjuk ke sebelah kiri.”Aku pergi  belah kanan”ujarnya pula.

“Kau Waiz..stay sini”arah Zul.Dia pantas mengatur langkah menuju ke sebelah kanan.Khai dengan Apek awal-awal lagi terus mengikut arahan Zul.Waiz tidak sempat menghalang.Dia memandang ke hadapan,dan kembali berlari.




Isma menarik nafas dan melepaskannya sekali gus.Cuba membuang lelah akibat berlari terlalu laju tadi.Dia menoleh ke belakang,melihat sekiranya dirinya diekori.Nafas lega ditarik apabila tiada bayang manusia pun singgah dipenglihatan matanya.

Disandarkan belakang tubuhnya di dinding.Beg sandang yang masih berada dipegangan tangannya dipandang seimbas lalu.Topi dikepala diperbetulkan,apabila terasa kedudukan topinya sudah jatuh melurut,hampir hendak menutup mata.

Bunyi tin disepak membuatkan darah Isma berderau.Dia mengintai disebalik tembok.Kelihatan seorang lelaki sedang memerhatikan keadaan sekeliling.Isma mengigit bibir.Terasa peluh jernih tiba-tiba mengalir ditubuhnya.

Apabila menyedari yang lelaki itu semakin hampir dengan dirinya,Isma merapatkan dirinya disebalik tembok.Dia bagaikan terhenti nafas,kerana bimbang hembusan nafasnya memberi petunjuk kepada lelaki itu.

Sekali lagi dia memberanikan diri mengintai lelaki tersebut.Rasa macam nak pengsan apabila melihat lelaki itu sudah semakin hampir dengan dirinya.Kiri kanannya dilihat,cuba mencari jalan keluar.Apa-apa pun,dia mesti kena cari jalan keluar.

Isma resah apabila dia tahu yang lelaki itu sudah semakin menghampirinya.Dia menarik nafas.Dah tak ada jalan keluar.Hujung bangunan blok ini adalah jalan mati.Tak ada sebarang tangga pun untuk dia memanjat ke atas,dan kalau ada pun,dia rasa itu bukanlah pilihan yang bijak.Mustahil dia mampu hendak memanjat tangga tanpa disedari oleh lelaki tersebut,tambahan pula dia seorang yang gayat.

Perlahan-lahan Isma melangkah setapak demi setapak.Dia rasa dia nak jalan sampai ke hujung blok bangunan.Manalah tahu kalau-kalau ada dinding yang tersembunyi macam cerita Harry Potter tu ke.

Terkejut Isma apabila lengannya ditarik menuju ke satu arah.Tarikan yang pantas itu membuatkan langkah Isma terus terdorong ke hadapan.Tubuh Isma ditolak oleh seseorang.Isma menoleh.Terbuntang biji matanya melihat insan dihadapannya.

Waiz meletakkan jari telunjuknya di bibir,tanda menyuruh Isma diam.Isma meneguk air liur apabila melihat Waiz mengeluarkan handphone daripada kocek seluar jeansnnya.Dipandang Waiz yang sudah meletakkan handphone ditelinganya.

“Hah Zul ! Kau dekat mana?”

“Ohh..belakang bangunan?Dia dah cabut weh…Aku nampak dia naik bas tadi.”

“Ha okay.”

Panggilan dimatikan.Isma memandang Waiz yang sedang mengintai disebalik dinding bangunan itu.Tersentak Isma apabila mendengar bunyi tin minuman seperti diterajang kuat.

Isma menyandarkan dirinya didinding sambil memejamkan matanya.Betul-betul kerja gila.Kerja gila yang dia rasa tak ada orang gila pun yang akan buat melainkan orang tu betul-betul gila macam dirinya.

“Kau dah gila ke?”Soalan yang berbunyi amarah itu menyedarkan Isma.Dia membuka matanya.Wajah Waiz yang tegang dipandangnya.Dia tahu Waiz marah.Bukan susah hendak meneka tingkah-laku Waiz.Apa yang Waiz lakukan,pasti ada kena-mengena dengan tubuh-badannya,seolah-olah tubuh-badannya turut sama memberikan kerjasama.

Sebagai contohnya,kalau Waiz penat,bosan ataupun menyampah dengan sesuatu,lelaki itu akan selalu mengosok belakang tengkuknya.Kalau Waiz bingung,blank ataupun segan,Waiz akan mengaru belakang telinganya.Kalau lelaki itu marah,bengang dan sakit hati,pandangan mata Waiz tajam.Tajam sampai menusuk ke tangkai hati.Pandangan yang buat dia tidak berani hendak memandang anak mata Waiz,seperti sekarang.

“Kau tahu tak apa yang kau dah buat?Sejak bila kau jadi peragut ni?”soal Waiz lagi.

Isma menarik nafas.Beg sandang dihulurkan kepada Waiz.”Kau tengoklah sendiri.”

“What?Kau ingat aku tak pernah tengok beg sandang aku sendiri ke?”sinis Waiz menyoal.Huluran tersebut tidak disambut.Makin tajam dia menatap wajah Isma.

Isma mengeluh sambil membetulkan topinya.”You owned me.”

“Sorry?”Dahi Waiz berkerut.”Kau merepek apa ni?”

“Sebab tu aku suruh kau tengok!”Isma menahan dirinya daripada menempik.Geram dengan Waiz yang langsung tak nak dengar penjelasan dirinya.

Kasar Waiz merentap beg sandangnya daripada pegangan tangan Isma.Zip beg sandangnya dibuka.”Apa yang kau nak suruh aku tengok?Apa?”jerkah Waiz kuat.Ditonggengkan beg sandangnya,dan segala isi yang berada didalam beg sandangnya terus jatuh ke atas lantai.”Kau nak aku tengok apa Isma?Rokok?Mp3?Dompet aku?”soalnya dan terus membaling beg sandangnya ke atas lantai.”You are totally out of your mind?Kau nak jadi macam arwah abang kau?Meragut lepas tu mati katak dekat atas jalan raya?Kau nak jadi macam dia ke?”

Setiap kata-kata yang singgah ditelinga Isma membuatkan Isma berani menentang pandangan mata Waiz.Tidak tahu kenapa dia langsung tidak gentar hendak memandang ke dalam anak mata hitam pekat itu.Isma menunduk memandang isi beg sandang yang sudah berselerakan di atas lantai.Satu bungkusan yang berwarna coklat berbungkus elok diambil.

“Ni..”Isma mengangkat tinggi bungkusan itu tepat dihadapan anak mata Waiz.”Ni apa?”soalnya lagi.”Ni apa Aidi Waiz Rashidi?”

Waiz tersentak.Bungkusan yang berwarna coklat itu diambil.Agak tebal juga bungkusan tersebut.Inilah kali pertama dia nampak bungkusan tersebut.

“Aku tak tahu..”ucap Waiz.

Isma tidak membalas.Bungkusan tersebut dirampas,dan kasar dikoyak pembalutnya.Terasa lutut Waiz bagaikan jeli apabila melihat bungkusan-bungkusan kecil yang dibungkus.

“Kau tahu tak ni apa?”soal Isma,mengambil satu bungkusan kecil yang berwarna putih.”Kau tengok CSI kan?Kau tengok Gerak Khas kan?Kau mesti tahu ni apa,betul tak?”

“Isma..”Waiz kehilangan kata-kata.Wajah Isma dipandangnya.Terasa bersalah sebab meninggikan suara pada Isma.”Aku..”


“Aku nak balik..”Isma memotong percakapan Waiz.”Thanks sebab selamatkan aku!”ujarnya.Bungkusan kecil itu dicampak ke atas lantai dan dia terus berlalu.




 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream