BAB 1
ZAINAL MELEMPARKAN pandangan disekeliling KLIA itu.Menjamu mata melihat pramugari-pramugari dan juruterbang yang berjalan seiringan dihadapannya.Teringat cita-citanya semasa kecil dahulu mahu menjadi seorang juruterbang.Kalaulah cita-citanya itu tercapai,pasti sekarang ini dia sedang diampit kiri kanan dengan pramugari-pramugari yang cun-melecun itu.
Jam ditangan dikerling.Dah hampir setengah jam dia terconggok di kerusi menanti adik lelakinya,Zakif.Penerbangan daripada New York yang dijangka tiba sudah setengah jam delayed.Naik kematu punggung dia dibuatnya.Dahlah daripada semalam lagi perutnya buat hal.Meragam tak pasal-pasal.Berapa belas kali dia keluar masuk tandas.Kalau nak diikutkan,dia memang malas sebenarnya nak keluar.Rasa macam nak duduk sahaja rumah dan tengok televisyen sepuas hati.Tapi apakan daya,yang balik ini adalah anak bongsu.Nak tak nak,memang dia kena datang menjemput.Tambahan pula,madam besar merangkap ibu mereka sudah seminggu awal excited apabila mendapat tahu yang anak bongsunya hendak pulang.Bermacam-macam persiapan sudah dibuat,khas untuk menyambut anak kesayangan.
Cebikan terbit dibibir Zainal.Anak kesayangan konon.Disebabkan Zakif anak kesayangan,jenis yang manja,yang bongsu maka kasih sayang diberi lebih.Ayah mereka meninggal ketika umur Zakif baru hendak masuk sembilan tahun,dan dia pula pada ketika itu baru berusia dua belas tahun.Sedikit-sebanyak dia sudah faham erti kehilangan,tapi tidak bagi Zakif.Mungkin disebabkan itu,ibu mereka menumpukan sepenuh perhatian pada Zakif.
Dahi Zainal tiba-tiba berkerut.Spontan dia memegang perutnya.Terasa memulas-mulas.Ahh sudah!Kiri kanan dipandang.Mencari tandas.Dia rasa flight Zakif mesti sampai lewat lagi.Dia bangun daripada duduknya,dan tanpa menoleh lagi dia terus melangkah menuju ke tandas.
..................................
TROLI YANG berisi beg ditolak.Spek matanya ditanggalkan.Dia berhenti tepat di tengah-tengah KLIA itu.Matanya liar mencari seseorang.Takkan dah balik dah kot?
Zakif melihat jam tangannya.Dia tahu dia dah lewat.Lewat gila kata orang.Tapi bukan dia sengaja.Nak buat macam mana kalau tiba-tiba ada masalah teknikal.Zakif menolak trolinya.Dia nak duduk.Rasa pelik pula berdiri terconggok macam tiang ditengah-tengah laluan orang ramai ini.
Terkejut Zakif apabila trolingnya dilanggar seseorang.Nasib tak tercampak beg-begnya.
“Maaf..”ucap lelaki yang melanggar trolinya,dan terus beredar.
Zakif mengerutkan dahi.Apa hal main lari-lari dalam KLIA ini?Macam-macam hal betullah.Dia memandang lelaki tersebut yang kelihatan sedang mencari-cari kelibat seseorang.Wajah cemas bukan main.
Punggungnya dilabuhkan ke kerusi yang berderet didalam KLIA itu.Dia menoleh ke sekelilingnya.Cuba mencari kelibat wajah Zainal.Handphone yang berada didalam poket seluar jeans dikeluarkan.Dihidupkan dan dia menanti beberapa saat.Menunggu kalau-kalau ada sebarang miskal ataupun message.
......................................
“YOU JAGA diri baik-baik okey…”
Hana gigit bibir.Cuba mengawal rasa sebak.Dia memandang tepat lelaki dihadapannya.Lelaki itu melemparkan senyuman.Cuba menenangkan hati Hana.
“I pergi tak lama.Tiga bulan je.”
Diam.Sedaya-upaya mungkin Hana cuba mengawal air matanya daripada jatuh.Hamdan yang melihat mengeluh.
“Hana..Kalau you terus buat muka macam ni,I tak senang hati.Pleasee..Jangan macam ni.”
Senyuman sesaat terus terukir dibibir Hana.Dia mengalihkan seketika pandangannya ke arah lain,dan kembali memandang Hamdan.
“Okey.You jaga diri baik-baik eh.Jangan lupa makan.Jangan kerja kuat sangat.Jangan lupa solat.Jangan lupa..”
“Tak!I takkan lupakan you..”sampuk Hamdan.
“Bukanlah!”Hana mendengus.Merah padam mukanya.”Jangan lupa beli hadiah dekat I”sambungnya.
Hamdan ketawa kecil.Dia merenung Hana macam tak nak lepas.Pandangan Hamdan yang terasa macam nak menusuk kalbu itu membuatkan Hana terus tunduk pandang lantai.Walaupun sudah hampir dua tahun mereka bercinta,namun dia masih ada perasaan segan hendak memandang tepat ke dalam mata Hamdan.Seminit dua dia sanggup..tapi lama-lama.Dia rasa macam nak pengsan.
“Hana..”Perlahan nada suara Hamdan.Hana memberanikan diri memandang anak mata Hamdan.
“Bila I balik dari Perth nanti,I ingat…”Kata-katanya mati.Hana mengerutkan dahi.
Hamdan menarik nafas.Dia rasa sukar benar dia hendak menyusun ayat.”I nak jumpa emak you.”
Dahi Hana semakin berkerut.Tidak sangka dengan permintaan Hamdan itu.Pernahlah dulu dia bagi hint hendak kenalkan Hamdan dengan emaknya,tapi Hamdan menolak.Katanya belum sedia.Lagipun usia perkenalan mereka baru sangat.Dan Hamdan tak mahu mereka terburu-buru.Hana faham.Dan dia terus tak bangkitkan dah soal itu.
“I ingat..”Hamdan meneliti wajah Hana,cuba membaca riak di wajah tersebut.”I nak masuk meminang you..”
Hana dah terbuntang biji mata.Tidak sangka dengan kata-kata tersebut.”Itu pun kalau you setuju”cepat-cepat Hamdan menyambung.Rasa kecut perut melihat mata terbuntang Hana.Dalam hati dia rasa macam Hana nak reject.
“So…”Hamdan berdehem.Bang ! Kenapa suasana tiba-tiba jadi kekok.”You nak tak?”Dia tersengih.
Terus Hana membuang pandang kea rah lain.Tak sangka dengan soalan direct Hamdan.Dia menyimpan senyum dalam hati.Hana berdehem sekali sambil cuba menenangkan hatinya.
“Nak..”
Hamdan rasa macam nak meloncat waktu tu.
“Kot..”sambung Hana kembali.Dia tersengih melihat wajah Hamdan yang terus bertukar hampa.
“Kot?”Hamdan mengerutkan dahi.
“You ni..”Hana buat-buat muka garang.”Pergilah selesaikan urusan kerja dekat Perth tu dulu.Lepas tu barulah cakap pasal ni.Dahlah cakap dekat tengah-tengah KLIA.Kata selalu tengok cerita orang putih…tapi fill bab-bab romantic ni.”
Hamdan tersengih.Bebelan Hana terasa macam burung yang berkicau ditelinga.Hahaha.Gila parah punya ayat.
“Okay..”Hamdan angguk kepalanya sekali.Beg di atas lantai diangkat.”I selesaikan urusan i dulu.”
“Okay..”Hana pula angguk kepalanya.”I tak hantar you eh.”
Wajah Hana yang sudah bertukar sedih itu membuatkan Hamdan mengulum senyuman pahit.”I akan contact you selalu.”
“Harus..”jawab Hana cepat.
“I pergi dulu”ucap Hamdan.
Hana melambaikan tangannya.Baru beberapa tapak Hamdan melangkah,dia menoleh.
“You akan tunggu i kan?”soalnya.
Lagi sekali Hana angguk kepalanya.
Hamdan ukirkan lagi senyuman,dan kali ini dia terus melangkah.Tidak lagi menoleh ke belakang.Hana melihat belakang Hamdan yang sudah membelakangkannya,dan tubuh itu makin lama..makin jauh daripadanya.Serentak dengan itu juga,air mata terus mengalir di pipinya.
..........................................
ZAKIF MELIHAT drama melayu yang sedang berlaku tidak jauh daripada tempatnya duduk.Leka dia memerhatikan pasangan itu.Rasa macam nak gelak guling-guling pun ada.Hek eleh..Punya buat drama sampai tak sedar orang sekeliling.Mentang-mentanglah KLIA ini tak ramai orang.
Bukannya dia tak dengar patah demi patah perkataan yang keluar daripada mulut pasangan itu.Dia memandang si gadis yang sedang duduk menundukkan wajah.Sedih lagilah tu.Perempuan..perempuan.Selalu sangat nak emo dekat benda-benda yang tak perlu.Bukannya tak dengar yang lelaki tu pergi tiga bulan je.
Tiga bulan je.Bukan tiga tahun.Gaya macam takkan jumpa dah.Sebab itulah orang cakap perempuan ini jenis yang complicated.Benda yang simple boleh terus jadi complicated.
Ewah kau Kif.Kutuk kaum Hawa tak pandang kiri kanan depan belakang nampak.
Zakif tersengih.Dia masih memandang gadis tersebut.Gadis tersebut mengangkat pandangan,dan tidak semena-mena pandangan mereka bersabung.Zakif angguk kepalanya sekali,tanda hormat.Kerutan terus terukir didahi si gadis,dan dia bangun lalu terus berjalan laju daripada situ.
Zakif mencebik.Perasan!Ingat aku nak ngorat kau ke?
“Weh!”Satu tepukan hinggap dibahunya.Zakif menoleh.Zainal yang berdiri dibelakangnya tersengih.
“Weh.Mana kau pergi?Aku dah jadi batu dekat situ”ujar Zakif.Dia mendepakan tangannya,dan terus memeluk kuat Zainal.
“Aku pergi memerut kejap”ujar Zainal.Dia menepuk-nepuk bahu Zakif.
Cis!Cepat-cepat Zakif meleraikan pelukan.Dia menjauhkan diri daripada abangnya.”Kau ni perangai memang tak pernah berubah kan?”
Zainal ketawa.”Dah.Jangan nak banyak cakap.Jom balik.Ibu dah tunggu kau tu.”
“Red carpet dah bentang ke?”soal Zakif.Beriringan dia berjalan dengan abangnya.
“Jangan kata red carpet,kapet terbang pun ada.”
Zakif mendengus.Lawak sangatlah tu !
..................................................
“DAH MANA punya mangkuk pula block kereta aku ni?”soal Zainal bengang.Dia bercekak pinggang melihat kereta Toyota Camry yang berada dibelakang kereta Alzanya.Punya banyak parking yang kosong dekat parking lot ni,kenapa belakang kereta aku juga dijadikan pilihan?
Zakif tersengih.Haru betullah.Apa tuan punya Toyota Camry ni tak belajar undang-undang lalu-lintas ke?
Mana boleh suka-suka hati parking kereta ikut suka hati.
“Macam mana kita nak balik ni?”soal Zakif.
“
Kau kuat tak?”soal Zainal.Zakif mengerutkan dahi.
“Kuat.Kenapa?”balas Zakif balik.
“Kau tolaklah kereta ni.Tolak masuk gaung terus pun tak apa.”
Terjegil biji mata Zakif.Agak-agaklah weh.Ingat dia Hulk ke?
“Dah tu jangan tanya soalan yang bodoh-bodoh.Aku tengah bengang ni.Dapat tuan toyata ni,memang aku basuh cukup-cukup.”
Wajah Zainal yang garang dipandangnya.Dia memandang sekeliling,cuba mencari kalau-kalau ada orang yang berjalan menghampiri mereka.Matanya dikecilkan apabila melihat seorang lelaki yang sedang berjalan longlai.
“Weh..tuan punya kereta kot”ujar Zakif.Zainal mengalihkan pandangan.Dia sudah bersiap-sedia mengepalkan penumbuk.
Lelaki yang sedang berjalan longlai itu semakin hampir.Dia mengeluarkan kunci kereta daripada koceknya.Terhenti langkahnya apabila melihat dua orang yang sedang memandangnya.Bagaikan tersedar apa yang berlaku,dia cepat-cepat melangkah menuju ke keretanya.
“Maaf.Saya nak cepat tadi”lelaki tadi bersuara pantas.Zakif dan Zainal berpandangan.Rasa tadi macam nak marah,tapi terus tak sampai hati apabila melihat muka sedih lelaki tersebut.
“Maaf yea.Saya betul-betul tak sengaja”lelaki itu bersuara lagi.
Zainal menarik nafas.”Tak kisahlah dude.Kena tinggal dengan aweks ke?”Gatal mulutnya
bertanya,membuatkan Zakif terus pantas menoleh memandangnya.Mulut…Tak ada insurans langsung.
Lelaki itu tidak membalas,hanya tersenyum nipis dan membuka pintu keretanya.Enjin dihidupkan dan Toyota Camry terus berlalu.
“Macam-macam hal..”Zainal bersuara sambil mengelengkan kepalanya.Dia membuka pintu keretanya.Zakif memerhati Toyota Camry itu sehingga hilang daripada pandangan.Sahlah!Lelaki yang langgar troli dia tadi.Memang kena tinggal dengan awekslah tu.
Hai…Tak payah bukak televisyen tengok drama,sekeliling kita ni pun memang dah banyak drama sebenarnya.